Polis Buru 4 Anggota Sel Daesh

0
69

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan empat individu termasuk dua beranak disyaki anggota pengganas Daesh yang merancang melancarkan serangan ke atas rumah ibadat dan membunuh anggota polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata enam anggota Daesh daripada sel yang sama sudah ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas di Johor antara 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

“Namun, terdapat empat lagi baki disyaki anggota Daesh daripada sel yang sama masih bebas dan berbahaya.

“Justeru, kita sedang berusaha mengesan keempat-empat mereka yang mampu melancarkan tindakan yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata, mereka adalah Muhamad Faizal Muhamad Hanafi, 29, dan bapanya, Muhamad Hanafi Yah, 51, kedua-duanya berasal dari Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan; Nor Farkhan Mohd Isa, 31, berasal dari No 18 Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor dan Awae Wae-Eya, 31, berasal dari Narathiwat, Thailand.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keempat-empat individu terbabit diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat dari Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Inspektor Mohd Badri Othman di talian 017-6727120 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Mana-mana individu didapati menyembunyikan sebarang maklumat, bersubahat atau melindungi mereka, boleh dituduh mengikut Seksyen 10M, 130K dan 130L Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara tujuh hingga 30 tahun,” katanya.

Empat suspek yang dikesan:

1. Nama: Muhamad Faizal Muhamad Hanafi

Warga Malaysia

No Kad Pengenalan: 890115-03-5113

No Pasport: A 34507735

Alamat: Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

2. Nama: Muhamad Hanafi Yah

Warga Malaysia

No Kad Pengenalan: 670506-71-5437

No Pasport: Tiada

Alamat: Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan

3. Nama: Nor Farkhan Mohd Isa

Warga Malaysia

No Kad Pengenalan: 870711-01-5487

No Pasport: A 37375889

Alamat: No 18 Jalan Nakhoda 21, Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor

4. Nama: Awae Wae-Eya

Warga Thailand

Tarikh Lahir: 7 Mac 1981

No Pasport: AA6228527

Alamat: Cho-Airong, Narathiwat, Thailand

-BH.

Leave a Reply