Dibelasah Rakan Simbolik Hadiah Hari Lahir Budak Baru Nak Up?

0
83

Mangsa disepak dan dipukul rakan menggunakan kayu penyapu.

PETALING JAYA: Sambutan hari lahir sepatutnya diraikan dengan potongan kek dan tiupan lilin, malah ada di antara kita menerima kejutan daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan sempena hari istimewa itu.Namun berbeza pula dengan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah yang terpaksa meraikan sambutan hari kelahirannya dengan cara paling kejam.

Dalam video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Khairul ‘dibelasah’ lapan pelajar di dalam bilik darjah sebagai ‘simbolik’ meraikan hari lahirnya.

Sekumpulan pelajar tersebut dilihat menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada mangsa sebelum bertindak menyepak dan memukulnya menggunakan kayu penyapu.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor.

Meskipun dilihat mengerang kesakitan, sekumpulan pelajar terbabit terus bertindak memukul dan menyepak mangsa.

Menurut posting Arie Lazim yang memuatnaik video tersebut di laman Facebooknya mendakwa guru disiplin sekolah tersebut berjanji akan mengambil tindakan pada Januari lalu tetapi sehingga hari ini tiada perkembangan terbaharu mengenai insiden itu.

“Inikah tradisi menyambut hari jadi yang dipraktikkan di sekolah? Cikgu Saiful (disiplin) kata akan ambil tindakan dari bulan Januari tapi hingga kini tiada. Bulan lepas satu lagi kejadian pelajar dicampak dalam kolam depan sekolah lagi.

“Dimana pengetua dan guru-guru? Perlu ada kejadian maut atau serius baru nak ambil tindakan?

“Tolong viralkan hingga Jabatan dan Kementerian Pendidikan masuk campur dan tradisi ini dihentikan,” tulisnya.

Video tersebut mendapat lebih 26,000 tontonan di Facebook dan dikongsi sebanyak 282 kali.

Rata-rata netizen berang dengan ‘tradisi’ sambutan tersebut yang dianggap kurang bijak dan agak melampau.

Malah netizen turut meminta pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengguna Facebook Abd Rashid berkata:”Majlis hari jadi paling b****… harap pihak kementerian pendidikan… ppd dan pihak sekolah segera siasat kejadian ini sebelum merebak menjadi trend gila di sekolah-sekolah.”

Susulan insiden itu, seorang lagi pengguna Rahaimie Mie menyifatkan masalah disiplin pelajar sekolah ketika ini amat kritikal.-MS.

Leave a Reply