Suspek Pecah Rumah Mati Ditembak

0
110

KOTA KINABALU: Polis menembak mati seorang penjenayah yang disyaki aktif melakukan pecah rumah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketika polis menghampiri dan meminta suspek berhenti untuk tujuan pemeriksaan, dia bertindak agresif dan melepaskan tembakan.

Berikutan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan balas yang mengenai suspek sebelum disahkan mati di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berhubung kejadian ini.-BH.

Leave a Reply