Jurulatih Shakhtar Donetsk Persenda Guardiola

0
18

KETUA JURULATIH Shakhtar Donetsk, Paulo Fonseca bertindak mempersendakan Manchester City selepas mereka berjaya menewaskan kelab dari England berkenaan.

Kelab dari Ukraine itu berjaya melangkah ke slot kalah mati selepas menewaskan anak didik Pep Guardiola 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Ketika sidang media, Fonseca bertindak memakai kostum Zorro bagi meraikan kemenangan tersebut selain dilihat mempersendakan City.

Pada awal musim ini, Fonseca berjanji untuk memakai kostum Zorro jka skuadnya berjaya menewaskan Napoli dan Feyenoord dan pasukan besar lain.

Hasil kemenangan itu,Shakhtar Donetsk bakal menentang Manchester United, PSG, Roma, Barcelona, Liverpool, Besiktas atau Tottenham.

Saingan seterusnya Liga Juara-Juara Eropah  akan ditentukan pada Isnin depan.-MS.

Leave a Reply