#PAU2017 :Dua Jawatan Tertinggi Parti Tidak Perlu Dipertandingkan – Sayap Umno

0
28
KUALA LUMPUR:Tiga sayap Umno – Pemuda, Wanita dan Puteri mencadangkan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Saranan ini dikemukakan pada ucapan dasar yang disampaikan ketua pergerakan ketiga-tiga sayap berkenaan.

Kata Khairy Jamaluddin, keutamaan parti sekarang adalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), bukan pemilihan parti.

“Menerusi landasan Pemuda Umno ini, kami mencadangkan bila menang pilihan raya nanti, insyaAllah, jawatan presiden dan timbalan presiden tak perlu dipertandingkan.

“Pemuda Umno memberi sokongan sebulat hati kepada Presiden ¬†Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas timbalan presiden, untuk terus mengemudi parti,” kata Khairy.

Sementara itu, Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menambah, dua jawatan tertinggi parti tidak sepatutnya dipertandingan demi perpaduan, kestabilan dan persetujuan bersama.

Selain itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata, memandangkan Najib dan Ahmad Zahid adalah gandingan yang baik, kedua-duanya perlu diberi peluang untuk memimpin negara dan parti.

“Sebab itulah, sayap Puteri mencadangkan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

“Mereka (Najib dan Ahmad Zahid) perlu diberi peluang untuk meneruskan tugas bersama bukan saja untuk memperkukuhkan kedudukan parti, malahan juga negara,” katanya.-MS.

Leave a Reply