Atuknya “Top Dog”, Cucunya Tidur Dgn “Dog”, Eloklah Tu

0
33

SEMALAM netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar apa yang didakwa sebagai cucu Mahathir aka top dog Pakatan, sedang tidur bersama dua ekor anjing (dog),  Masih terngiang-ngiang di telinga kita Mahathir bercakap tentang ramai orang mengaku Islam tapi tidak mengamalkan ajaran Islam, dah gambar ini pulak yang keluar.

Bersangka baik, dia tuju kat cucu dia lah kot.

Tapi jika ini benar, maka apa yang tinggal kepada Mahathir ini sebagai pemimpin yang patut rakyat hormati, terutama di kalangan orang Islam?  Cakap tak serupa bikin!!

Perkara macam ini mungkin kecil pada sesetengah orang, tapi kalau Mahathir tak mengukur ‘keislaman’ orang lain tu tak apalah jugak.  Apatah lagi, Mahathir seringkali menunjukkan dia begitu faham tentang ajaran Islam  sebenar dengan mendakwa kononnya membaca Al-Quran hari-hari dan sebagainya, tapi apa yang berlaku sekarang ini, tidak langsung menyokong apa yang dia cakap.

Orang lain tak sempurna juga amalan dan keluarganya tapi tidaklah mengaku seperti apa yang Mahathir akui, macam hebat sangat.

Kita takut di kalangan penyembah Mahathir hari ini, boleh terpesong akidahnya kerana beramal seperti mana Mahathir dan keluarga beramal., seolah-olah itulah ajarah Islam yang sebenarnya – maklumlah Mahathir dakwa dia baca Al-Quran hari-hari..  Sebab itu perkara ini perlu diambil serius.

Belum lagi kita bercakap tentang perkara-perkara lain seperti LGBT dan sebagainya yang kelihatannya seakan “sudah dibolehkan” dimata Mahathir.

Jadi, apa sebenarnya pemahaman Mahathir pasal Islam?  Adakah Islam juga sama seperti perkara-perkara lain yang Mahathir amalkan, ikut untung politik?  Ada untung Islam, takde untung, Islam pun melayang, macam itu?

Leave a Reply