Artis Baharu Dominasi AJL32

0
32

Syamel dan Ernie Zakri akan mencuba nasib dengan lagu ‘Aku Cinta’ dalam AJL32 pada Februari 2018. FOTO: Isntagram TV3 Malaysia.

SHAH ALAM: Sebanyak 12 buah lagu daripada 30 yang dipertandingkan bakal bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang akan diadakan pada Februari 2018.

Senarai itu diumumkan pada minggu ketiga peringkat Semi Final Muzik-Muzik ke-32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

12 lagu berkenaan ialah Sejati (Faizal Tahir & Caliph Busker), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Amboi (Altimet) dan Lebih Sempurna (Syamel).

Turut bertanding Aku Yang Sebenarnya (Hazama dan Penglipurlara), Akhirnya Cinta (Salma), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Aku Cinta (Syamel dan Ernie Zakri), Bayang (Khai Bahar) dan Warkah Untuk Mu (Ara Johari).

Kebanyakan lagu yang dipilih ke peringkat akhir ini dinyanyikan oleh artis-artis baharu.

SFMM32 turut dimeriahkan dengan persembahan istemewa daripada 6ixth Sense, Bunkface dan Tam Spider.

Ia dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Hefny Sahad.

Peringkat separuh akhir itu diadakan selama tiga minggu bermula 29 Oktober lalu dan kesemua lagu bertanding diadili oleh juri profesional.

Mereka adalah AG (Coco), Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah manakala Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.-MS.

Leave a Reply