Kunjungan Ke Liverpool Hanya Untuk Tiga Mata – Mourinho

0
33

JOSE Mourinho yakin pemergian skuadnya ke Liverpool pada Sabtu malam ini sama seperti perlawanan lain.

United dan juga jirannya, Manchester City berkongsi mata bersama untuk kedudukan teratas liga dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol.

Malah skuad Mourinho masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan setakat ini.

“Satu perlawanan, satu keputusan, satu tanggungjawab. Ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Tidak ada apa yang kami perlu buktikan. Kami mempunyai objektif musim ini, kami tahu hala tuju dan bagaimana untuk pergi,” ujar Mourinho kepada MailOnline.

Jelas Mourinho lagi, perlawanan ini seperti bertemu dengan pasukan-pasukan lain.

“Ia adalah untuk tiga mata, bukan empat mata. Dalam masa sama, semua akan memainkan peranan dalam perlawanan seperti ini.

“Kami bermain dengan pasukan bagus dan pemain-pemain yang sangat bagus,” jelasnya.-MS.

Leave a Reply