Amerika Syarikat Tersingkir Aksi Piala Dunia 2018

0
56

AMERIKA Syarikat (AS) tersingkir daripada pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Amerika Syarikat kalah mengejut kepada Trinidad &Tobago 2-1 pada pusingan kelayakan Piala Dunia awal pagi Rabu sekaligus menyaksikan mereka mengakhiri penyertaan buat kali pertama selepas layak tujuh kali berturut-turut.

Kemenangan mengejut Honduras dan Panama menjadikan skuad kendalian Bruce Arena itu jatuh dari tempat ketiga ke kedudukan kelima daripada enam pasukan.

Trinidad &Tobago

 

AS bersaing dalam pusingan kelayakan dalam situasi yang goyang tahun ini selepas tewas kepada Mexico dan Costa Rica November lalu.

Sebagai rekod, 28 tahun sebelum ini, Amerika Syarikat menewaskan Trinidad untuk layak ke aksi akhir Piala Dunia, dan sebaliknya berlaku tahun ini.-MS.

Leave a Reply