“Shazana Bukan ‘Rabbit’ Dalam Clever Girl” – Kiera

0
73

Kiera tampil mempertahankan peserta dari Selangor, Shazana.

BEKAS peserta yang menarik diri dalam rancangan Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera mempertahankan peserta dari Selangor iaitu Shazana selepas video dia memberi jawapan sebelum soalan tamat menjadi tular.

Bercakap menerusi Instagram, Kiera menjelaskan Shazana bukan ‘rabbit’ dimaksudkannya sebelum ini namun wanita itu antara seorang yang pintar dan layak menjuarai pertandingan itu.

“Dia bukan ‘rabbit’ yang anda cari. Dia ada prinsip yang kuat. Apa yang saya tahu dia tidak bersalah.

“Saya menyokong Shazana untuk pertandingan akhir nanti dan berharap dia akan bergelar juara dan bukannya ‘rabbit’,” tulisnya.

Terdahulu, nama Shazana menjadi sasaran netizen apabila dia menjawab soalan sebelum ia habis dibaca oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati.

Menerusi soalan ketiga pada pusingan kedua itu, Shawati mengemukakan soalan karya manakah tulisan Usman Awang sama ada A) Salina atau B) Jiwa Hamba?

‘Kantoi’ Lagi… ‘Clever Girl’ Terus Dikritik

Kiera berharap Shazana bergelar juara Clever Girl.

Bagimanapun Shazana terus menekan butang untuk menjawab soalan tanpa sempat Shawati membacakan jawapan seterusnya.

Menjelaskan perkara itu, Kiera berkata, Shazana sebenarnya ingin menjawab A ketika dia menekan butang namun secara spontan dia menjawab B tanpa mengetahui jawapan sebenar.

“Apabila hos bertanya apakah jawapan untuk B dia tidak dapat mengingati jawapannya.

“Kebiasaannya ketika sesi latihan jika kami memberikan jawapan tidak lengkap, ia akan dikira sebagai salah walapun ia tepat,” katanya.

Sementara itu, Kiera berkata, dia berharap suatu hari nanti mereka dapat membuat video secara langsung dengan ‘rabbit’ sebenar bagi meminta dia menjelaskan tentang konsep asas sains dan matematik yang dijawab menerusi program itu.

“Kali terakhir kami bertanya ‘Rabbit’ tentang bagaimana dia menjawab soalan di pentas, ‘Rabbit’ akan meminta masa sejam untuk bertanya kepada rakannya untuk mendapatkan jawapan.

Kiera Mohon Maaf Cetus Spekulasi Negatif

Video Shazana menjawab soalan menjadi tular.

“Malah dia tunjuk perbualan Whatsapp kepada kami seseorang memberinya jawapan dan masih tidak dapat menjelaskannya.

“Paling lucu kami siap kena soal siasat apabila mengadu hal yang terjadi seolah-olah orang yang mengadu pula bersalah,” katanya.

Terdahulu pada 25 September lalu, peserta graduan Universiti Oxford ini menarik diri daripada program berkenaan dan mendakwa terdapat pilih kasih dan ‘soalan bocor’ dalam program itu.

Bagaimanapun, peserta itu telah menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf terhadap perkara berkenaan.

Pihak TV3 menerusi satu kenyataan juga menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah semata-mata.

‘Rabbit’ yang dimaksudkan oleh Kiera ialah peserta yang mendapat kelebihan dalam pertandingan itu.

Program final Clever Girl Malaysia terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, pukul 9 malam.-MS.

Leave a Reply