#GV4 : Liza Hanim, Aishah Peserta Gegar Vaganza Musim Baharu

0
81

PARA peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) bergambar bersama pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Menepati ramalan, dua pemilik vokal hebat, Liza Hanim dan Aishah, terpilih menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Penyertaan Liza sekali gus melenyapkan spekulasi pembabitan penyanyi Gelisah Mimpi itu dalam Gegar Vaganza apabila setiap tahun namanya disebut-sebut menjadi peserta program popular.

Mengulas perkara berkenaan, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata Liza sememangnya antara penyanyi yang diharapkan mereka dapat menjayakan rancangan bercorak pertandingan itu.

“Saban tahun, nama Liza Hanim memang berada dalam senarai kami dan setiap kali Gegar Vaganza diadakan, tawaran sentiasa dihulurkan kepadanya.

LIZA Hanim dan Aishah. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

 

“Cuma pada tahun ini beliau menyatakan persetujuan untuk menyertainya,” kata Raqim pada sidang media mengumumkan peserta musim baharu program terbabit di sini hari ini.

Turut bersaing pada musim keempat ialah Syura, Elyana, Raja Azura, Haida Hafiz, Hazami, Aqasha, Tia Jinbara dan Lan Kristal.

Bagi musim terbaru ini juga, stesen penyiaran berkenaan membuka pintu kepada penyanyi dari luar, iaitu Firman Siagian yang cukup popular dengan lagu Kehilangan sebagai wakil Indonesia, manakala Ferhad pula Singapura.

Konsert mingguan GV4 bakal dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, bermula 29 Oktober ini.

Menerusi musim pertama, vokalis Ilusi, Ayai, dinobatkan sebagai juara, manakala Siti Nordiana serta Azharina pula masing-masing memenangi pertandingan musim kedua dan ketiga.-BH.

Leave a Reply