Azmin Ali Dan IKEA Sekadar Hujung Kaki Pencapaian Najib

0
122

AZMIN DAN IKEA, NAJIB DAN PELABURAN DI US

1. Apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membandingkan pelaburan pembukaan hub Ikea di Pulau Indah dengan pengumuman pelaburan Khazanah dan KWSP di US, ia menunjukkan Azmin Ali tidak faham geo-ekonomi dunia dan “kaki ambil kredit”.

2. Walaupun negara memerlukan pelaburan luar bagi menjana ekonomi, kita juga perlu melabur di luar negara jika ada peluang membuat keuntungan atau menguasai teknologi.

3. Khazanah, KWSP dan beberapa pengurus dana tempatan bukan ahli perniagaan langsung seperti Ikea. Mereka adalah pengurus dana yang membuat pelaburan jangka pendek dan jangka panjang bagi membuat keuntungan maksima kepada pemilik dana.

4. Apabila Khazanah mahu membuat keuntungan dalam bidang IT, mereka tidak boleh melabur kesemuanya dalam Cyberjaya yang entah nombor berapa di dunia. Justeru mereka merebut peluang di Silicon Valley, US. Di sini segala lubuk kemajuan teknologi dan peluang menjana keuntungan besar.

5. Demikian juga KWSP. Mereka melihat sekarang ini ada ruang merebut perniagaan infrastruktur di US, sudah tentu mereka menggunakan hubungan baik Najib dengan Trump untuk masuk ke sana.

6. Orang bangang sahaja yang tidak mahu masuk ke dalam pasaran terbesar dunia jika ada peluang dan kemampuan. Terima kasih kepada Najib Razak, sekarang KWSP ada peluang lebih besar merebut kekayaan di US.

7.Berbalik kepada Azmin Ali dan Ikea. Persetujuan Ikea membuka hub serantau mereka di Pulau Indah dengan kos RM 987 juta ini bukan usaha Azmin Ali pun.

8. Ikea telah bertapak di Selangor sejak 1996 sebelum mempunyai bangunan sendiri di Mutiara Damansara pada 2003.

9. Malah dalam kenyataan kepada media Ikea menyatakan menilai beberapa tempat di Malaysia akhinya memilih Pulau Indah, Selangor.

“Before considering Pulau Indah, IKEA had certainly identified a few other locations for their planned investment, which included Johor and Penang. The process took almost a year before they decided to locate their Asia Pacific Region distribution center in Pulau Indah due to its strategic location, the park’s facilities and amenities”

10. Justeru ini berbalik kepada usaha Kerajaan BN Selangor sepuluh tahun lalu. Pada tahun 2006, Menteri Besar Selangor mengumumkan pembangunan Pulau Indah sebagai Zon Bebas Perdagangan oleh Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (Central Spectrum) – syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor – akan siap sepenuhnya pada 2015. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…)

11. Justeru apabila Central Centrum berjaya membawa masuk Ikea ke Pulau Indah ia bukanlah kerana hubungan mereka dengan Azmin Ali atau usaha Azmin Ali menarik pelaburan tersebut.

12. Ikea memang telah merancang membuka hub mereka di Malaysia. Adakah Ikea akan memilih Pulau Indah jika tiada pembangunan Infra dirancang oleh kerajaan Selangor sejak lebih sepuluh tahun lalu?

13. Dengan kata lain pelaburan Ikea di Pulau Indah tiada kena mengena dengan usaha AZMIN ALI pun. Beliau hanya meraih laba dari perancangan dan pemikiran ke hadapan Kerajaan BN terdahulu.

14. Jika hebat bawahlah masuk pelaburan baru yang belum pernah masuk ke Selangor.

15. Sebelum itu berlaku usahlah bandingkan awak dengan kejayaan Najib Razak bawa masuk berbilion ringgit pelaburan Arab Saudi dan China sebelum ini.

Nota: Untuk ambil hati Rafizi Ramli supaya jangan “blocked” saya kritiklah Azmin Ali pula. Marah benar dia bila saya tulis dia gagal jatuhkan Azmin Ali.

-Fb Ab Jalil Backer.

Leave a Reply