Menjawab Fitnah A Kadir Jasin Arab Saudi Hutang IMF 10 Billion

0
71

#Gambar_1: A.Kadir Jasin memfitnah Arab Saudi berhutang dengan IMF 10 billion dengan memetik laporan dari Middle East Monitor. Sinar Harian pula medium menyebarkan pendustaan ini.

Link: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/a-kadir-jasin/apa-sudah-jadi-dengan-arab-saudi-1.728490

#Gambar_2: Laporan Middle East Monitor bertarikh 31 Ogos 2017 mendakwa Arab Saudi berhutang 10 billion dengan IMF.

Link: https://www.middleeastmonitor.com/20170831-saudi-arabias-10bn-imf-loan-and-its-implications/

#Gambar_3: Padahal laporan berkenaan Saudi hutang IMF 10 billion telah pun dilaporkan sejak tahun 2016 di banyak portal barat. Gambar ini salah satu contoh portal yang melaporkan. Laporan Middle East Monitor hanyalah “recycle fake news”.

Link: http://www.independent.co.uk/news/business/news/saudi-arabia-10bn-international-borrwing-loans-banks-oil-price-a6909496.html

#Gambar_4: Sebenarnya pinjaman 10 billion tidaklah banyak untuk negara seperti Arab Saudi kerana kenapa meminjam 10 billion sedangkan ada laporan Saudi tentang pembelian senjata yang bernilai 110 billion?

Link: http://www.independent.co.uk/news/world/americas/donald-trump-arms-deal-saudi-arabia-110-billion-911-terrorism-international-law-war-crimes-a7747076.html

#Gambar_5: Walaupun sebenarnya laporan itu adalah palsu.

Link: http://www.businessinsider.my/it-turns-out-that-the-110-billion-saudi-arms-actually-fake-news-2017-6/?r=US&IR=T

#Gambar_6: Laporan ringkas IMF menafikan Arab Saudi berhutang dengan mereka.

Link: https://www.imf.org/external/np/fin/tad/exfin2.aspx?memberKey1=830&date1key=2017-09-13

#Gambar_7: Malaysia juga tidak berhutang dengan IMF.

Link: https://www.imf.org/external/np/fin/tad/exfin2.aspx?memberKey1=640&date1key=2017-09-13

#Gambar_8: Mesir pernah berhutang dengan IMF dan begini laporan ringkasnya.

Link: https://www.imf.org/external/np/fin/tad/exfin2.aspx?memberKey1=275&date1key=2017-09-13

Kesimpulan:

1. A.Kadir Jasin jelas telah memfitnah Arab Saudi dalam hal hutang IMF 10 billion.

2. Saya tertanya-tanya, inikah level bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times punya tulisan? Tak study? Tiada kajian sedikit pun? Semata-mata cedok info di satu portal sahaja?

3. A.Kadir Jasin seorang pendusta/kazzab, “Cukup seseorang dikatakan pendusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” [HR. Muslim no. 5].

4. Sinar Harian juga pendusta dan semoga dosa mereka yang terlibat mengalir seperti viralnya berita yang mereka banggakan. “Barangsiapa yang memberi petunjuk pada keburukan, maka dia akan mendapatkan dosa dari perbuatan buruk tersebut dan juga dosa dari orang yang mengamalkannya setelah itu, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun juga.” [HR. Muslim no. 1017].

5. Jika kita rajin, kita boleh membuat sedikit pencarian tentang wang yang Saudi keluarkan, beri, derma, pinjamkan, sumbang kepada banyak negara yang mana melebihi 10 billion jika dicampur bahkan mungkin lebih.

6. Paling penting, periksa dulu sumber laporan yang diterima. Bukan baca dan terima terus seperti A.Kadir Jasin. Lebih parah disebarkan pula kepada ramai orang. Mungkin tidak terkira sudah berapa dosanya di situ jika berita yang dikongsikan itu tidak benar. Inilah namanya DOSA YANG SENTIASA MENGALIR.

Abu Aqif Al Aman

Leave a Reply