Zeti : Kerugian Urus Niaga Forex BNM 1988- 1994 Adalah RM32.07 Bilion

0
145

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz memberitahu jumlah kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia dalam urus niaga forex bagi tahun 1988 hingga 1994 berjumlah RM32.074 bilion.

Menurut beliau, ia setelah memgambil kira keuntungan berjumlah RM2.473 bilion pada 1990.

“Saya telah diserahkan dengan accounting treatment of lossess arising from active management 1988-1994 bertarikh 18 april 2007,” katanya ketika memberikan keterangan pada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

RCI itu diadakan bagi mmenyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 90an. Ia dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Zeti, ketika itu beliau merupakan Ketua Perwakilan BNM di London.

Zeti berkata, beliau mengetahui mengenai kerugian forex yang dialami BNM dari 1988 hingga 1994 pada Januari 1994 dan ketika itu beliau masih bertugas di pejabat BNM di London.

Beliau kemudiannya menghubungi seorang pegawai kanan di BNM untuk mengetahui mengenai apa yang berlaku dan diberitahu bahawa BNM telah mengalami kerugian yang signifikan daripada aktiviti reserve management.

“Saya ada mengarahkan bekas pengurus akaun, Abdul Aziz Abdul Manaf menyediakan accounting treatment for reserve managament dari tahun 1988 sehingga 1994.

“Ia disebabkan BNM sedang menyediakan satu akta yang baru pada ketika itu bagi menggantikan Central Bank of Malaysia Act 1958,” katanya.

Zeti mula berkhidmat dengan BNM pada 1981 sebagai penyelidik ekonomi. Beliau dilantik sebagai Gabenor BNM pada tahun 2000 sehingga bersara pada 2016. – Suara.tv

Leave a Reply