Isu Memali: Kebohongan Terlampau Terbongkar

0
180

Saya tertarik dengan pembongkaran Tun Musa Hitam bahawa yang sebenarnya, ketika ‘Peristiwa Memali’ Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berada di Malaysia dan bukan di China seperti yang didakwa.

Pada 10 April 2014 Tun Dr Mahathir mengakui beliau hanya pergi ke China pada 20 November, sehari selepas peristiwa ini terjadi.

Pun begitu, Tun Musa Hitam tetap menafikan dan menegaskan Tun Dr Mahathir masih berada di Malaysia walaupun selepas 4 hari berlakunya peristiwa hitam Memali ini.

Tun Mahathir tidak dilihat menafikan pembongkaran Tun Musa Hitam. Bahkan baru-baru ini Tun Dr Mahathir berpeluang untuk menafikan dakwaan Tun Musa Hitam di dalam Forum Nothing To Hide 2.0 apabila diajukan soalan tentang periswa Memali. Namun Tun memilih untuk tidak membela diri dan tidak juga menyalahkan Musa Hitam.

Sebaliknya Tun Mahathir memilih untuk menyalahkan pihak Polis yang membunuh kerana ia adalah S.O.P pihak polis dalam menangani keganasan.

Saya tidak mempertikaikan Tun Mahathir menggunakan alasan S.O.P polis seperti yang beliau dakwakan (Allahua’lam jika benar) dalam menangani kaum bughah, walaupun 14 nyawa telah terkorban. Itu ijtihad beliau ketika itu sebagai pemimpin.

Yang dikesalkan adalah, Tun Dr Mahathir menyembunyikan fakta sebenar. Membiarkan Musa Hitam dikambing hitamkan, yang kononnya beliau ketika itu berada di China, dan tidak ada kena mengena dengan peristiwa Memali.

Sedangkan hakikatnya beliau berada di Kuala Lumpur dan itupun diketahui pada 2014 selepas 29 tahun Musa Hitam memikul sendirian akibat dari tindakan bersama tersebut.

Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu sepatutnya memikul tanggungjawab yang sama bahkan sepatutnya lebih dari Musa Hitam, dan beliau mestilah memikul akibat dari tindakan bersama itu bersama-sama. Bukan dengan meng-kambing hitam-kan Musa Hitam berseorangan.

Sebagai pemimpin, Tun Mahathir mestilah menjadi seorang yang bertanggungjawab tidak kira apa akibat dari keputusan yang diambil.

Dalam hal ini dapat dilihat Tun Musa Hitam lebih bertanggungjawab apabila sanggup berdepan dengan akibat dari tindakan tersebut dan di sisi lain dapat kita perhatikan Tun Dr Mahathir malangnya dan sangat dikesalkan (minta maaf cakap) menjadi bacul dan tidak bertanggungjawab.

Berlainan dengan Datuk Seri Najib Razak yang mana apa yang dapat saya lihat, setakat ini beliau tidak melarikan diri dari mana-mana isu besar yang berlaku di negara kita. Samada isu MH370, MH17, pencerobohan di Lahad Datu, atau apa sahaja isu yang telah berlaku yang mengakibatkan nyawa rakyat terkorban, Datuk Seri Najib tetap berdepan dengannya.

Bukanlah berbangga atau terlalu mengagung-agungkan tetapi tindakan itu sangat bertanggungjawab dan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin.

Jadi, timbul beberapa persoalan lain bahawa jika peristiwa sebesar dan terlampau seperti ini pun Tun Dr Mahathir tidak bercakap benar, bagaimana pula dengan isu-isu lain yang di bawa dijaja ke sana sini untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak?

Abu Aqif Al Aman

Leave a Reply