Gempar! Ada Kaki Atas Keranda

0
53

KELUARGA dan kenalan yang menghadiri upacara pengebumiannya Cleveland Butler berdepan situasi mencemaskan apabila sebahagian kaki tiba-tiba terkeluar dari tanah dalam liang lahad.

Ia berlaku ketika keranda warga emas berusia 85 tahun itu sedang diturunkan ke liang lahad di Taman Peringatan Mount Holiness.

Anak perempuan Butler, Sanda memberitahu New York Daily News: “Ia situasi yang begitu trauma bagi kami yang masih sedih dengan pemerigian bapa tersayang.

“Saya langsung tidak tergamak melihat kaki itu ketika ia terkeluar dari tanah, malahan tiada sesiapa yang memberi sebarang reaksi bagi memastikan upacara pengebumian bapa berjalan lancar,” katanya.

Seorang lagi anaknya, Alonzo Butler, 53 berkata, semua yang hadir pada upacara itu melihat kaki manusia yang dibungkus plastik dan kain terkeluar ketika keranda bapa diturunkan.

“Ia terkeluar betul-betul di atas keranda bapa,” katanya.

Seorang paderi yang juga pengarah krisis Jaringan Tindakan Nasional meminta supaya pihak berkuasa New Jersey menyiasat insiden itu.-MS.

Leave a Reply