#KL2017 : Stadium UiTM Shah Alam Siap Sedia

0
98

STADIUM Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sudah sedia menerima kunjungan pasukan dan pemain dengan segala persiapan teknikal dan fasiliti sudah selesai menjelang bermulanya saingan bolasepak wanita Sukan SEA KL2017.

Perlawanan pertama membabitkan skuad negara yang akan turun menentang Filipina pada 15 Ogos ini. Pengurus Stadium UiTM Shah Alam, Mohd Hafiz Tahar berkata pihak beliau sudah bersiap sedia sejak awal tahun terutama memastikan semua kemudahan fizikal disediakan.

“Semua kelengkapan utama seperti lampu limpah, bilik persalinan dan tempat duduk penyokong telah dikemaskini. Tidak banyak urusan birokrasi kerana stadium ini telah mendapat kelulusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata beliau.

Pemeriksaan terakhir ke atas padang akan dilakukan untuk benar-benar memastikan tidak sebarang masalah ke atas padang terutama selepas hujan yang agak lebat sejak beberapa hari ini,” kata beliau lagi. Selain Malaysia dan Fiipina, pasukan lain yang akan beraksi di gelanggang UiTM nanti termasuk Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan Thailand. -KL2017.

Leave a Reply