Chef Wan Fitnah Hospital Kerajaan, Apa Tindakan SKMM?

0
170

Tindakan Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef wan mengkritik kerajaan kerana gagal menyediakan mesin dialisi di Hospital Langkawi merupakan satu fitnah besar dan mengelirukan orang ramai yang mungkin memerlukan perkhidmatan tersebut di sana.

Chef Wan dalam akaun Instagram mendakwa sahabat beliau terpaksa datang menjalani dialisis di Hospital Selayang kerana tiada kemudahan serupa di Hospital Langkawi.

Dalam usaha memburukkan kerajaan Chef Wan menulis, “Jika kerajaan dah miskin pun tak ada ke hartawan2 di negara ini can help to do so and set up a center in langkawi?”

Bagaimanapun tuduhan ini dinafikan oleh Pakar Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir. Rahman melalui akaun Facebook menyatakan pada masa ini Hospital Langkawi mempunyai 30 buah mesin dialisis.

Dr Abdul Rahman yang terkenal dengan tulisan agak sarkastik dalam menjawab tohmahan liar terhadap Kementerian Kesihatan memberi info yang lengkap mengenai pertambahan mesin dialisis di langkawi. Menurut beliau,


1. Unit Dialisis ini dibuka pada tahun 2002 (zaman Tun) dengan jumlah mesin dialisis sebanyak 6 buah.

2. Tahun 2007 (zaman Pak Lah), telah dibesarkan unit ini dan ditambah mesin dialisis sebanyak 6 buah lagi. Ini menjadikan jumlah mesin dialisis sebanyak 12 buah semuanya.

3. Pada tahun 2010 (zaman kezaliman DS Najib yang mana ekonomi tgh nazak dan negara bakal bangkrap)…jumlah mesin dialisis adalah sebanyak 13 buah.


Setakat tahun 2016, jumlah mesin dialisis di Hospital Langkawi adalah sebanyak 30 buah!

Ramai yang mendesak Chef Wan memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah kerajaan dan “mislead” pesakit buah pinggang di Langkawi. Namun sehingga kini, seleberiti tersebut mendiamkan diri sahaja.

MYKMU.NET berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta badan pengawas undang-undang siber, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap seleberiti ini jika beliau enggan membetulkannya.

Jika rakyat biasa dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan berita palsu, mengapa Chef Wan perlu dikecualikan?-MyKMU.net

Leave a Reply