Semakan Oleh Ibu Bapa Menggunakan Portal SAPS Untuk Keputusan Peperiksaan 2017 Anak/Pelajar

    0
    289

    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

    Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, sistem aplikasi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini, turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga.

    Ia berikutan ibubapa atau penjaga boleh mengetahui, memantau perkembangan prestasi belajar anak / jagaan mereka selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan secara atas talian (online) melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut.

    Dengan berpandukan slip keputusan peperiksaan (analisis markah), ibubapa dan juga pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti bilangan mata pelajaran daftar, jumlah markah, kedudukan dalam kelas / darjah, kehadiran (jumlah hari), peratus gred purata dan keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran.

    Ibubapa atau penjaga mahupun pelajar sendiri hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan secara atas talian (online) melalui maklumat penerangan yang dinyatakan dipautan berikut:

    Pautan Portal Semakan SAPS (Ibu Bapa / Pelajar) – KLIK SINI

    Jika anda perlukan langkah-langkah terperinci cara menggunakan portal tersebut, sila KLIK SINI

    Leave a Reply