Shell beri kemenangan moral pada aksi lucah ‘monyet’ gila seks kata netizen

0
274

Kuala Lumpur – Tindakan Shell menarik kembali papan iklan ekoran pelakuan tidak senonoh segelintir lelaki ‘gila seks’ disifatkan memberi kemenangan moral untuk golongan tersebut.

Ab Jalil Baker melalui laman Facebook sebentar tadi turut mempersoalkan kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang dilihat seperti menyokong tindakan pelaku tersebut.

“Bukankah kita sepatutnya berjuang mempertahankan kesederhanaan dan kesopanan? Penarikan iklan ini adalah kemenangan untuk mereka yang tidak bertamadun.

“Apakah esok iklan wanita bertudung lain pula akan ditarik balik jika ada aksi yang serupa?

“Minggu ini adalah minggu kemenangan para monyet seks, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan atas aksi lucah di tempat awam, malah “dipertahankan” oleh Presiden, Isma,” katanya.

Pelbagai pihak baru-baru ini meluahkan kemarahan selepas gambar beberapa individu melakukan aksi lucah terhadap papan poster yang memaparkan Nor Shafila, 25, seorang pengurus di salah sebuah stesen Shell.

Susulan itu, iklan itu diturunkan Shell, sementara Nor Shafila kesal dengan perbuatan segelintir lelaki yang menurutnya melampaui batas.

“Kelakuan seperti menutup mata, mencubit hidung dan walau peluk sekalipun saya masih boleh terima kerana ia hanyalah sekeping poster. Tetapi jika apa yang dilakukan berbentuk gangguan seksual, saya rasa ia melampaui batas,” kata Shafila.

Ab Jalil turut berkata kenyataan Abdullah Zaik itu merupakan satu ‘pukulan maut’ untuk golongan sederhana di negara ini.

“Presiden Isma khabarnya menyalahkan Shell dan model wanita tersebut kerana menyebabkan monyet-monyet naik nafsu melihat model wanita bertudung.

“Ketika golongan sederhana berhadapan dengan kumpulan liberal yang sering menganjurkan pakaian hak mutlak individu; muncul golongan “agama” seperti Presiden Isma memberi kemenangan moral kepada mereka dengan pemikiran konservatif.

“Perbuatan monyet-monyet lucah ini sangat memalukan, kenyataan Presiden Isma pula memberi pukulan maut kepada aliran sederhana dalam masyarakat timur,” katanya pula.

Poster kad bod itu menunjukkan seolah-olah gadis sebenar berdiri menunjukkan tanda bagus atas pilihan petrol Shell. – MassaTV

Leave a Reply