4 Penemuan Laporan Bebas FGV – PMO

0
111

PUTRAJAYA: Laporan bebas diketuai Datuk Seri Idris Jala mengenai krisis Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menggariskan empat penemuan utama untuk tindakan selanjutnya.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri adalah merujuk kepada tindakan Lembaga Pengarah FGV yang menggantung Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha dan dua yang lain.

Berikut empat penemuan utama yang digariskan:

1. Terdapat fakta yang mencukupi dan alasan munasabah yang bagi Lembaga Pengarah FGV memulakan prosiding disiplin terhadap CEO, CFO dan dua pengurusan tertinggi berhubung dakwaan pelanggaran prosedur dalam Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), FGV perlu teruskan prosiding berkenaan.

2. FGV dicadangkan untuk menubuhkan pasukan “governance quantum leap” bagi memperbaiki tadbir urus dan kawalan perniagaan di peringkat kumpulan dan subsidiari.

3. Kemerosotan prestasi kewangan FGV dan FELDA beberapa tahun ini memerlukan kajian perniagaan menyeluruh, perlu diselesaikan segera.

4. Bagi menegakkan integriti, semangat kesaksamaan bagi siasatan yang sedang berjalan dan tadbir urus korporat FGV dan DOP yang betul, kerajaan memutuskan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Selain itu, laporan sama turut menyatakan laporan bebas dan keputusan yang dibuat kerajaan serta FGV tiada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPRM akan mendedahkan hasil siasatan selepas tugas mereka selesai.

Leave a Reply