Minyak Turun: Rafizi Ni Cerdik Ke Buat-Buat Cerdik?

0
70

MEREKA yang melabur dalam Invoke dikendalikan si Rafizi ini, sepatutnya sudah boleh bertanya hala tuju pelaburan mereka setelah terbukti banyak kali bahawa Rafizi ini seorang yang sangat tidak boleh dipakai cakapnya.

Banyak bendalah, kes saman, salah petik nama sampai kena minta maaf dan apa semua tu tapi hari ini  kita nak cakap pasal harga minyak.

Seperti yang semua orang tahu, harga RON 95 turun sebanyak 7 sen kepada RM 1.98/liter berkuatkuasa tengah malam tadi hingga 21 Jun akan datang.  Dijangka harga akan kekal turun atau tidak berubah pada minggu depan berdasarkan situasi semasa pasaran minyak mentah dunia dan yang diproses.

Ini jangkaan cap ayam sajalah sebab bukan ada sokongan kewangan dan tenaga kerja besar macam Rafizi yang pada awal tahun lagi dah menjangka bulan Jun ni harga minyak akan berada pada paras RM 2.70/liter kalau kerajaan tak perkenal harga siling dan pemberian subsidi minyak.  Ramalan ini kononnya berdasarkan bacaan pasaran, situasi semasa, kenyataan Menteri negara pengeluar minyak sana sini dan sebagainya.

Hebat tu bunyi cakap tu kan? Berbulan-bulan lebih awal dah boleh ramal harga minyak macam mana (OPEC pun tak macam dia), tapi diakhirnya, tak betul juga.  Bukan sikit punya meleset ni, banyak pulak tu.  Kok lari sesen dua tu fahamlah, ini berpuluh sen punya silap.  Macam ini bukan kes silap jangka, tapi saja-saja teka.

Sehinggakan penulis berpandangan, budak ini bukan tahu apa pun.  Dia dengan pengamal skim cepat kaya langsung tak jauh beza, cakap mesti ternampak yakin, acah-acah tunjuk dokumen (macam ada erti) dan sebagainya tapi haram habuk pun takde apa.  Kelulusan luar negara, kelayakan sebagai akauntan bertauliah dan pengalaman menjadi Pengurus Besar termuda di Petronas tu semua hanya untuk kabur mata masyarakat, hakikatnya tak memberi manfaat langsung kepada apa kerja yang dibuat.

Gebang nak jadi menantu bolehlah tapi ini kes cuba menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di kalangan rakyat.  Walaupun dia menyebut “jangka” tapi melihat komen dibawah agak ramai jugak yang cukup bodoh untuk percaya.

Justeru, rakyat perlu berhenti mempercayai orang macam ini dan pertubuhan yang diwakilinya.  Nampak sangat takde tanggungjawab langsung dengan kenyataan yang dibuat, ini yang nak diharap memimpin negara ni?  Harap rakyat jangan dibodohkan lagi, cukup-cukuplah tu.-MyKMU.net

Leave a Reply