Malaysia -Today Serang FGV Untuk Selamatkan Siapa?

0
255

Pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak ketiga dalam siasatan dalaman FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGV) tidak menghentikan serangan portal Malaysia-Today ke atas Pengerusi FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan Lembaga Pengarahnya.

Jelas ia bukan bermotifkan akauntabiliti tetapi lebih kepada usaha mengeluarkan mereka untuk diganti dengan Lembaga Pengarah FGV yang baharu.

Sebaik sahaja timbul khabar Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGV), Dato’ Zakaria Arshad diarah bercuti, Malaysia-Today mula menyerang kredebiliti Pengerusi FGV dengan pelbagai dakwaan penyelewengan dan urus tadbir yang buruk.

Paling melucukan ialah apabila portal tersebut mendakwa Isa punca utama kejatuhan saham FGV.

Isa Samad has caused a RM1.1 billion loss in FGV’s share price by triggering the boardroom tussle. Further to that the Felda settlers hate him and, according to Pakatan Harapan, Umno is going to lose big-time in the Felda seats as long as Isa Samad is still around. Isa Samad is actually angry with Shahrir Samad who he feels is by-passing him and is interfering in FGV. That is why Isa Samad wants those he perceives as Shahrir’s ‘eyes and ears’ out of FGV. Basically Isa Samad has launched a turf war against Shahrir. – Malaysia-today

Apakah untuk mengelakkan kejatuhan harga saham maka sesebuah syarikat perlu menutup dan mendiamkan sahaja terhadap semua masalah pentadbiran mereka?

Untuk lebih jelas, tidak ada “boardroom tussle”. Keputusan siasatan dalaman dan arahan bercuti adalah keputusan sebulat suara Ahli Lembaga Pengarah FGV. “Boardroom tussle” adalah ciptaan Malaysia Today untuk melemahkan FGV.

Dengan menyerang Isa Samad, Malaysia-Today cuba melindungi isu sebenar dalam FGV iaitu Dato’ Zakaria Arshad diarah bercuti dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FGV kerana melakukan transaksi yang meragukan dengan Safitex.

Audit oleh PricewaterhouseCooper’s (PwC) ke atas anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd mendapati FGV kerugian berpuluh juta ringgit hasil urusniaga kurang cermat antara Delima Oils dengan syarikat Safitex.

Safitex Trading LLC yang berpangkalan di Dubai gagal membuat pembayaran kepada Delima Oils sejak tahun kewangan berakhir 31 Dis 2015 (FY15). Baki hutang sebanyak US$8.3 juta itu menyebabkan pendedahan kekurangan yang dilaporkan dalam semakan PricewaterhouseCooper’s (PwC) pada setiap suku.

Walaupun pengurusan FGV dan Delima Oils menyatakan bahawa baki itu akan diperoleh sepenuhnya ia tidak pernah terlaksana.

Sebaliknya, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016 hutang tersebut terus meningkat kepada US$11.7 juta dan melebihi had kredit yang dibenarkan bagi setiap audit kewangan berkanun PwC.

Zakaria berdolak dalih bahawa beliau baru mengabil alih FGV selama setahun. Namun fakta yang tidak dapat dinafikan ialah Zakaria sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oils Sdn Bhd sejak 2014.

Sudah tentu Lembaga Pengarah FGV mempunyai syak wasangka mengapa Safitex gagal membayar atau melambatkan pembayaran sejak 2015 sehingga sekarang. Jika dilihat tempoh ini merupakan tempoh pengurusan Zakaria di Delima Oils dan FGV kemudiannya.

Justeru apakah Lembaga Pengarah tidak berhak mengarahkan siasatan dalaman ke atas beliau dan mereka yang terbabit?

Yang menjadikan kacau bilau ialah apabila portal seperti Malaysia-Today mula mewujudkan perang antara fraksi dalam FGV.

Dan sekarang ia cuba melaga-lagakan Pengerusi FGV dan Pengerusi Felda pula. Apa agenda sebenar Malaysia-Today? Siapa Zakaria Arshad kepada Malaysia-Today atau orang dibelakangnya?

Sudah tentu jika Malaysia-today berjaya melaga-lagakan pelbagai pihak dalam FGV dan Felda, Perdana Menteri tiada pilihan kecuali membuat rombakan lagi. Ini akan membolehkan “puppet” dibawa masuk ke FGV? Siapa yang untung?

Segala gosip dan teori konspirasi dari malaysia-today (yang dikatakan rapat dengan beberapa orang politik) hanya menguntungkan mereka dan merugikan UMNO dan Barisan Nasional sahaja.

Yang pasti kalah dalam serangan Malaysia-Today ialah imej UMNO!

Mengapa kumpulan di belakang Malaysia-Today tidak boleh membenarkan Idris Jala dan SPRM menjalankan siasatan mereka terlebih dahulu? Apakah kumpulan ini terus menyerang kerana mereka tidak boleh mempengaruhi Idris Jala untuk menyingkirkan Isa Samad dan Lembaga Pengarah FGV? -MyKMU.net

Leave a Reply