Buruk Siku: FELDA Nafi Tuduhan Fitnah Berkaitan Bantuan Ribut

0
214

Cerita berkaitan bantuan ribut kepada warga FELDA Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan yang ditarik semula selepas rakaman TV3, menjadi tular baru-baru ini.

Ianya bermula di Facebook bila mana seorang pengguna dengan nama Mior Saiful telah memuatnaik kenyataan kononnya pemberian sumbangan bantuan berkenaan sekadar wayang di hadapan media (TV3) dan menyifatkan tindakan pengurusan FELDA Jelai 2 sebagai ‘buruk siku’.

Mior Saiful turut menambah kononnya beliau berada di tempat kejadian dan menyaksikan bantuan ditarik semula oleh pihak FELDA selepas selesai rakaman TV3 tersebut.

Kenyataan Mior Saiful itu turut dikongsi oleh beberapa laman blog anti-kerajaan, pro-pembangkang dan dikongsi oleh pengguna media sosial lain.

Hakikatnya, kenyataan yang dimuatnaik tersebut adalah tidak benar sama sekali dan dinafikan oleh pihak pengurusan FELDA Jelai 2.

Malah kenyataan tersebut dianggap bersifat fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik FELDA dan pengurusan rancangan.

Pengurusan FELDA Jelai 2 memandang serius terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh pengguna Facebook tersebut dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang.

Wakil pengurusan FELDA Jelai 2 menjelaskan, barangan sumbangan dibawa turun dari kenderaan ketika tiba di perkarangan rumah penerima bantuan.

Bagaimanapun, barangan bantuan tersebut terpaksa dibawa pulang semula untuk diserahkan pada hari lain memandangkan penerima bantuan ketika itu tidak berada di rumahnya.

Selepas wakil pengurusan menyatakan kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang, kenyataan fitnah oleh Mior Saiful itu telah dipadamkan dari laman Facebooknya.

Namun, cerita berkenaan masih ada di laman-laman blog yang ‘menceduk’ kenyataan tersebut beserta salinan kenyataan asal pengguna Facebook berkenaan.-FeldaVoice.com

Leave a Reply