3 Pengawal Sempadan Antara 4 Ditahan

0
225
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

 

KUALA TERENGGANU: Polis menahan empat lelaki termasuk tiga anggota penguat kuasa sempadan selepas disyaki menjalankan aktiviti pemerasan di Lorong Surau Baru, Pasir Panjang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek dikatakan mendatangi seorang peniaga di lokasi terbabit kononnya diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap premis perniagaan milik keluarga mangsa.

Difahamkan, peniaga mengenali suspek berikutan lelaki terbabit pernah menemui abangnya pada Februari lalu.

Suspek dikatakan mengarahkan mangsa untuk menghubungi abangnya namun lelaki terbabit enggan berbuat demikian sebelum abangnya tiba bersama sekumpulan penduduk kampung dan mengepung premis perniagaan terbabit.

Semua suspek berusia 31 hingga 53 tahun terbabit berjaya ditahan sebaik sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu tiba di lokasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

“Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian suspek juga dipercayai sedang bertugas namun berada di luar kawasan penugasan.-BH.

Leave a Reply