[Video + Foto] Jurufoto Perang IniSelamatkan Kanak-Kanak Mangsa Bom

    0
    902

    Tugas seorang jurugambar perang adalah untuk merakamkan detik detik perang ketika berada dilapangan dan tidak akan masuk campur walau apa juga yang terjadi bagi mengelakkan mereka terlibat di dalam krisis tersebut.

    Namun, ketika sebuah letupan besar-besaran melibatkan konvoi bas yang dipenuhi dengan mangsa pelarian Syria baru-baru ini, naluri kemanusiaan seorang jurugambar, Abd Alkader Habak, mengatasi etika kerja yang digalasnya.

    Alkader mengambil keputusan meletakkan kamera miliknya dan bergegas menyelamatkan seorang kanak-kanak yang sedang cedera parah.

    “Ia sangat mengerikan..terutamanya ketika melihat kanak-kanak meraung kesakitan malah ada yang mati dihadapan anda,” kata beliau kepada CNN.

    “Jadi saya mengambil keputusan bersama dengan rakan-rakan saya yang lain, mengetepikan pekerjaan serta peralatan kami dan mula menyelamatkan pelarian yang tercedera.”

    Letupan tersebut menyebabkan Habak tercampak sejauh beberapa meter dari tempat kejadian dan dilaporkan telah membunuh seramai 126 orang.

    Habak walaubagaimanapun memberitahu bahawa beliau tidak tahu bagaimana keadaan terkini anak kecil itu. “ketika saya mendukung mangsa, si kecil itu masih bernafas dan bergerak sebelum dimasukkan ke dalam ambulan.”

    Jurugambar yang lainnya sempat merakamkan detik-detik mengharukan ini, termasuk sekeping gambar memaparkan Alkader sedang menangis disamping mangsa yang lain.

    Leave a Reply