Had Kerja Lebih Masa Kepada Hanya 100 Jam Cetus Kemarahan Di Jepun

0
110
GOLONGAN gila kerja di Jepun mengumumkan rancangan mengehadkan waktu kerja lebih masa, namun ditolak pengkritik, menganggap menetapkan kerja lebih masa kepada 100 jam sebulan gagal menangani karoshi atau kematian akibat terlampau kuat bekerja. – Foto AFP

 

TOKYO: Golongan gila kerja di Jepun mengumumkan rancangan mengehadkan waktu kerja lebih masa, namun ditolak pengkritik, menganggap menetapkan kerja lebih masa kepada 100 jam sebulan gagal menangani karoshi atau kematian akibat terlampau kuat bekerja.

Usaha Jepun meringankan krisis kesihatan kebangsaan itu timbul selepas eksekutif kanan gergasi pengiklanan Dentsu meletak jawatan akhir tahun lalu berikutan kes bunuh diri membabitkan seorang pekerja muda yang sering mencatat 100 jam kerja lebih masa sebulan.

Kematian Matsuri Takahashi menjadi tajuk utama akhbar seluruh negara, mendorong kerajaan tampil dengan penyelesaian waktu kerja lebih masa dikatakan menjadi punca kepada beratus kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri setiap tahun.

Sejak itu, satu panel diketuai Perdana Menteri Shinzo Abe tampil dengan pelan menggesa maksimum hanya 100 jam kerja lebih masa sebulan.

Persatuan Peguam Buruh Jepun membidas had yang dicadangkan sebagai ‘amat tidak sesuai’ dan ‘mustahil untuk disokong.’

“Ia sama seperti menyokong had yang boleh menyebabkan kematian akibat terlalu kuat bekerja,” kata ketua Persatuan Ichiro Natsume.-AFP.

Leave a Reply