Dahlah Tak Membantu Rakyat, Moral Pulak Hampir Kosong

0
71

Gambar hiasan

TERSEDAK penulis dibuatnya bila membaca jawapan balas (bukan penafian) seorang pemimpin DAP tentang dakwaan dia berpoya-poya dengan suami orang (juga pemimpin DAP) sambil minum arak yang tersebar secara meluas di media sosial semalam.

Ia bukan penting sangat pun sama ada memang dia atau tidak dalam gambar itu tapi cara menjawab tu  – konon tolak semua bentuk serangan peribadi.

Di Malaysia ni, apa dia bentuk serangan politik pembangkang ke atas pemimpin kerajaan yang bukan bersifat peribadi?  Tak cukup peribadi pemimpin, isteri dan anak-anaknya pun didedahkan, apa ok saja nampaknya tapi bila kena dengan batang hidung sendiri, semua cerita pasal serangan peribadi ni keluar?

DAP yang mengetuai Pakatan pembangkang itupun hari hari menyemai kebencian terhadap pemimpin kerajaan terutama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hipokritlah ni.  Sama macam bila Rafizi mengatakan dia dedah rasuah sebab Allah – tapi yang berkaitan pemimpin UMNO saja pulak, kalau yang berkaitan satu jemaah dengan dia macam kes Ketua AMK Ampang tu, mana Rafizi punya Allah?

Anyway, pemimpin dinilai dari peribadinyalah, takkan dari kereta atau rumahnya pulak.  Kalau gambar Najib dalam keadaan macam itu tersebar, apakah DAP (termasuk yang bercakap tu sendiri) dan kuncu-kuncunya akan lepas peluang?  Cuba jangan jadi hipokrit dan bodoh boleh tak?

Sedangkan di negara barat pun moral pemimpin diambil berat, contoh skandal Clinton dan Monica Lewinsky – sekadar ambik yang besar-besar, apatah lagi di negara Islam macam Malaysia ni.-MyKMU.net

Leave a Reply