Samsung Tawar Rebat RM200 Tukar Beli Siri J

0
213

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics kini menawarkan rebat RM200 ke atas pembelian telefon mudah alih Galaxy J5 Prime atau Galaxy J7 Prime menerusi tukar beli sebarang jenama atau model telefon pintar.

Dalam  kenyataan pada Khamis, Samsung Malaysia berkata rebat segera itu ditawarkan di kesemua premis yang menyertainya dan Samsung Experience Stores, mulai Khamis hingga 21 Mei, 2017.

Ia berkata peranti yang masih berfungsi dan dalam keadaan tidak sempurna, juga diterima.

“Ini bagi menggalakkan pengguna memusnahkan telefon mudah alih mereka secara bertanggungjawab dan selamat kepada alam sekitar,” kata Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Unit Perniagaan Mudah Alih, Lee Jui Siang.

Diperkukuh dengan reka bentuk mewah dan bergaya, Galaxy J5 Prime dan Galaxy J7 Prime merupakan telefon pintar terbaik yang diperlukan oleh pengguna.– Bernama

Leave a Reply