Nik Abduh Kalah Pemilihan PAS Pengkalan Chepa

0
163

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa yang berlangsung pada Sabtu.

Nik Abduh yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan kawasan itu hanya memperoleh 37 undi, manakala pencabarnya, Dr Izani Husin yang juga penyandang kerusi berkenaan mendapat 209 undi.

Pada pemilihan sama, Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan jawatannya apabila menang tanpa bertanding.

Mesyuarat agung itu dirasmikan Mohd Amar, manakala proses pengundian dikendalikan PAS Kawasan Tumpat.

Berikutan kekalahan anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, Dr Izani kekal mengisi jawatan itu berkuatkuasa hari ini untuk tempoh 2017 hingga 2019.

Leave a Reply