TENGOK UCAPAN MP BANDAR KUCHING, TAK RASA DAP MAMPU JAGA ISLAM

0
234

UCAPAN wakil DAP Bandar Kuching yang mempertikai guru-guru agama dari Semenanjung kononnya membawa pemikiran sempit dan boleh menganggu keharmonian di Sarawak (keharmonian di Sarawak sedang terganggu ke?), sebetulnya hanya mengukuhkan lagi pandangan bahawa DAP tidak mampu menjaga hal ehwal orang Islam jika mereka berjaya menjadi kerajaan persekutuan.

Islam ini agama rasmi persekutuan, konsep yang diguna pakai sama sahaja baik di Semenanjung dan Sabah, Sarawak, malah 2/3 negara Islam di dunia ini pun. Tidak nampak apa keperluan isu ini dibangkitkan melain untuk menunjuk penentangan tidak langsung terhadap Islam.

Nak kata mahu main sentimen anti semenanjung, DAP yang diwakili ahli parlimen berkenaan pun asalnya dari Semenanjung, tak jadi isu pulak?

Tak nampak bagaimana kenyataan seumpama ini menyokong dakwaan kononnya Islam akan “terjaga” kalau DAP menjadi sebahagian kerajaan persekutuan. Disebalik bantahan banyak pihak lanjutan dari kenyataan itu, DAP Pusat tidak pun mengambil apa tindakan terhadap ahli parlimen Sarawak yang menang atas tiket parti itu.

Macam ini kata “jaga” Islam?

Unsur-unsur anti Islam ini bukan pertama kali. Bagaimana pula di negeri yang DAP perintah, Pulau Pinang, di mana fatwa yang sepatutnya mendapat perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung, perlu lalu mesyuarat Exco pulak dulu bila mana tidak ada keperluan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian.

Di Selangor, sensitiviti umat Islam hampir tidak dijaga langsung bila rumah ibadat berbentuk kubah masjid didirikan di Klang, acara membabitkan umat Islam diadakan di gereja, pesta arak di tempat terbuka yang turut dihadiri pemimpin-peminpin bukan Islam Pakatan dan sebagainya.

Jadi sementara Kit Siang ke hulu ke hilir menjaja cerita kononnya tidak akan ada apa yang berubah berkaitan hal ehwal Islam kalau DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan, perbuataan kuncu-kuncunya dibawah – seperti ahli parlimen Bandar Kuching ini sebagai contoh, tidak menyokong apa yang dia cakap.

Tak hairan bekas sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat, PAS, meramal akan berlaku perbalahan agama sekiranya DAP diberi peluang memerintah negara kita. Berdasarkan apa yang dicontohkan di atas pun dah boleh agak dah, tak berlaku hari ini kerana BN yang memerintah dan BN mendukung prinsip Islam adalah agama rasmi persekutuan.

p/s Bila Kit Siang nak saman Hadi kerana tuduhnya sebagai anti-Islam?

Leave a Reply