PERMATA: Adun DAP Damansara Utara Hipokrit

0
186

Oleh : Rizal Mansor

Adun Damansara Utama menuduh saya lari dari isu pokok. Saya tidak pernah lari dari isu pokok. Malah saya telah mengambil inisiatif lebih dari sepatutnya dengan membawa beliau dan rombongannya melawat Pusat Permata .

Isu yang timbul ini dibangkitkan olehnya sendiri. Hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba pada September 2016 beliau mengiktiraf model Permata. Pada Oktober 2016 beliau telah di bawa melawat Permata dan satu sesi dialog telah diadakan. Segala persoalan yang ditimbulkan olehnya telah dijawab panjang lebar semasa sesi dialog berkenaan.

Kemungkinan besar ‘pengiktirafan’ yang beliau telah berikan kepada Permata telah menimbulkan kemarahan pemimpin2 DAP. Mungkin atas sebab itulah beliau terpaksa membuat pusingan U dengan menyasarkan serangan terhadap DS Rosmah. Maklumlah PRU 14 makin hampir. Perlu buat sesuatu agar nama menonjol dan dapat kekal sebagai calon.

DS Rosmah hanya seorang penaung yang tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dan tidak mempunyai sesen gaji pun. Beliau pertikaikan tidak adakah pegawai kerajaan yang boleh pegang jawatan itu ? Bukankah itu satu pertanyaan yang bodoh ? Pegawai kerajaan adalah seorang yang bergaji. Apakah kerajaan mahu letak seorang kakitangan mereka di sana sebagai penaung tanpa membayar gaji ?

Sedar atau tidak oleh anda yang isteri KM P.Pinang, Betty Chew pernah dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) ?

Saya tidak pasti sama ada Betty menerima sebarang elaun atau ganjaran tetapi siapakah beliau untuk dilantik sebagai salah seorang individu penting dalam PCCC jika bukan kerana beliau isteri ketua menteri Pulau Pinang ?

Pertanyaannya tentang laporan kewangan Permata, telah berkali2 dijelaskan dan semasa dialog tempohari juga telah dijelaskan. Sebab itu saya kata beliau tunggul kayu. Beliau hadir, tapi tak faham apa2.

Sebagai sebuah agensi kerajaan sudah tentu laporan kewangan Permata diaudit oleh Ketua Audit Negara dan laporannya dibentang di Parlimen setiap tahun. Bagi Yayasan Permata pula laporan kewangannya ada di pamer di laman web Permata.

Tabung YAWAS Dun Damansara Utama pula apa kisahnya ? Jeng…jeng…jeng…

Leave a Reply