Ejen Toure Dedah Akan Buka Tawaran Buat Man United

0
86

EJEN Yaya Toure mendedahkan dia telah membuka rundingan bersama beberapa kelab mengenai masa depan pemain tengah Manchester City itu.

Dimitri Seluk mendakwa beliau akan membuka tawaran kepada pencabar kelab itu, Manchester United.

Toure merupakan antara kontrak enam pemain Manchester City yang bakal berakhir pada akhir musim ini.

Mereka dikatakan bebas berunding dengan beberapa kelab sejak Januari lalu.

Setakat ini, Toure tidak melakukannya tetapi menurut Seluk, keadaan telah berubah.

Memberitahu kepada Sky Sports News, Seluk berkata: “Sejak semalam kita mula berunding dengan beberapa kelab mengenai masa depan dia.

“Kita tunggu sehingga 15 Mac apa yang Manchester City akan kata tetapi sehingga sekarang Manchester City tidak memaklumkan apa-apa.

“Sebelum ini, kita tidak berunding dengan sesiapa kerana Yaya banyak menyumbang untuk Manchester City, jadi kita tunggu.

“Tetapi kita tidak boleh tunggu sehingga saat akhir, sehingga Jun, tanpa sebarang rundingan,” kata Seluk. – Mail Online

Leave a Reply