Kerapu Gergasi 150kg Dijual RM7,500

    0
    74

    GEORGE TOWN: Pelanggan Kafe Ka Bee di sini berpeluang merasai keenakan menu ikan kerapu gergasi seberat 150 kilogram (kg) yang dijual kepada pemilik kedai itu pada harga RM7,500.

    Ikan sepanjang 1.8 meter itu berjaya ditangkap di perairan Pulau Kendi pada pukul 7 malam, Selasa.

    Pemilik kafe, Chew Kean Ghee pernah membeli ikan gergasi yang mencecah berat 200kg pada 2014.

    Perniagaannya yang laris susulan berita mengenai ikan kerapu yang dibelinya membuatkan dia menempah 4,500 salinan akhbar The Star berharga RM3,000 untuk didermakan kepada pelajar di tiga sekolah kebangsaan Cina bagi memperbaiki kemahiran dalam Bahasa Inggeris.

    Ikan kerapu gergasi itu ternyata membawa tuah apabila perniagaan bihun kepala ikan mendapat sambutan baik.

    Sementara itu, nelayan, Tan Kah Seng, 43 berkata, ikan kerapu gergasi yang dibeli Kean Ghee pada 2014 juga adalah hasil tangkapannya.

    Leave a Reply