[Gambar] Comelnya Bayi Badak Air Pygmy(Kerdil)

    0
    247

    Monifa, nama yang diberi pada bayi badak air kerdil di Zoo Taronga, Sydney, Australia ini merupakan satu-satunya badak air pygmy yang berjaya dilahirkan di penempatan haiwan liar ini.

    Badak Air Pygmy merupakan saudara rapat dengan badak air biasa cuma spesis ini biasanya memilih habitat seperti hutan dan paya di kawasan Afrika Barat, manakala spesis badak air biasa lebih memilih untuk mendiami kawasan sungai dan tanah datar.

    Berbeza dengan badak air biasa, badak air pygmy dilihat lebih cekap ketika berada didaratan. Namun seperti kebanyakkan spesis ini juga, mereka lebih banyak menghabiskan masa didalam air bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu badan mereka.

    Menjadikan buah-buahan serta tumbuhan sebagai diet utama mereka, haiwan yang lebih gemar menyendiri ini hanya dikenal pasti pada abad ke 19.

    Menurut rekod, hanya 3,000 ekor badak air pygmy yang masih kekal berada di habitat liar kerana ancaman pembalakan, pemburu haram serta pemangsa.

    Leave a Reply