Perumahan Untuk Rakyat Diami, Bukan Sekadar Mampu “Selfie/Wefie Sahaja

0
41

Rakyat didahulukan”, begitulah terma atau slogan yang sering diperlekehkan oleh pembangkang. Sifirnya mudah, jika sering diperlekehkan, maka itu bermaksud mereka sangat terkesan dengan terma tersebut.

Masakan tidak terkesan, jika diamati inisiatif dan pembangunan yang dijalankan oleh pentadbiran masakini, segalanya dikhususkan untuk memberi impak secara langsung kepada rakyat. Sebagai contoh, projek mega “InfraRakyat”; MRT, ECRL, Pan Borneo, HSR segalanya memberi peluang untuk rakyat menikmatinya, bukan sekadar selfie!

Soal perumahan merupakan salah satu penekanan yang diberikan oleh Perdana Menteri. YB Datuk Seri SK Devamany, Timbalan Presiden MIC dalam siri Ceramah Rakyat mendedahkan, bagaimana Perdana Menteri sangat prihatin dengan keupayaan rakyat untuk memiliki kediaman berikutan harga rumah yang semakin meningkat.

Kata dikota, maka kita menyaksikan bagaimana Perdana Menteri sangat menitikberatkan kediaman untuk rakyat. Samada pembinaan kediaman baru seperti projek PR1MA, PPPA1M, PPR, MyBeautiful New Home, sehinggalah Rumah Bina Negara, atau pembangunan semula perumahan seperti Residensi Kerinchi dan 1Razak Mansion, inisiatif kerajaan ini merangkumi pelbagai lapisan kumpulan sasar, termasuklah kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40). Jika dihitung kembali, ada sekitar 20 inisiatif dari kerajaan pusat yang memberi fokus kepada pembinaan kediaman untuk rakyat. Itu tidak termasuk inisiatif-inisiatif dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Inilah bukti bahawa kerajaan meletakkan perumahan sebagai agenda tertinggi kerajaan, dalam mensejahterakan hidup rakyat. Apatah lagi, dengan jumlah penduduk yang semakin ramai, permintaan terhadap kediaman semakin tinggi, lantas menyebabkan harga turut melambung.

Dengan inisiatif-inisiatif untuk menjadikan projek perumahan sebagai kediaman mampu milik, ia memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Mereka dapat memiliki, mendiami dan menikmatinya. Apalah guna membina projek-projek mega semata, jika rakyat hanya mampu ber”selfie” dan ber”wefie” semata sementara status pemilikan “mampu tengok” sahaja, kan?- Mykmu.net

Leave a Reply