Oculus Rift turun harga

0
238

San Francisco: Unit realiti maya Facebook Inc, Oculus umum pengurangan $200 (RM889) untuk harga set peranti utamanya dalam cubaan mengembangkan jumlah pemain permainan video menggunakan sistem itu.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden bagi Kandungan Oculus, Jason Rubin berkata, kedua-dua set kepala Rift dan pengawal gerakan Touch kini berharga $598 (RM2,659).

Oculus percaya harga baru itu akan menarik minat pengguna ke realiti maya dengan kadar lebih cepat, katanya.

“Penurunan harga ini tidak dapat dielakkan selain memberi manfaat. Ini caranya perniagaan teknologi dilakukan,” katanya.

Jumlah pengguna yang lebih ramai dapat memudahkan pemadanan pemain, menghasilkan komuniti lebih mantap dan mombolehkan lebih banyak pelaburan bagi game video, katanya.

Sebelum ini, Rift dijual dengan harga $599 (RM2,664) manakala Touch berharga $199 (RM885).-HMetro

Leave a Reply