Lima Syarikat Malaysia Bakal Pamer Produk Di Delhiwood 2017

0
245

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Lima syarikat kayu Malaysia akan mempamerkan produk mereka di DelhiWood 2017, antara pesta perdagangan terbesar di Asia, mulai 1 hingga 4 Mac di India, menurut Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC).

Dalam satu kenyataan hari ini, MTC berkata lima syarikat tersebut ialah PMH Timber Industries Sdn Bhd, KF Door Sdn Bhd, Latitude Tree Furniture Sdn Bhd, Sri Ledang Sdn Bhd dan iMaskayu Door Export (M) Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abdul Rahim Nik, berkata produk kayu dari Malaysia mempunyai permintaan yang tinggi di India kerana kualitinya yang tinggi serta ketahanannya dan pengeluar produk berasaskan kayu tempatan haruslah memanfaatkan apa yang ditawarkan oleh India

Leave a Reply