Felda: Serang Isa, Ganti Shahrir, ‘Jem’ Pakatan Dibuat Najib

    0
    186

    DATUK Seri Najib Tun Razak ternyata seorang strategis politik yang cerdik.  Dalam isu Felda ini sajalah boleh tengok, ketika pembangkang menumpu sepenuh serangan kepada Tan Sri Isa Samad termasuk memfitnah konon beliau kahwin muda (gambar dengan anaknya), Najib ganti dengan Tan Sri Shahrir Samad begitu saja.

    Jem sekejap Pakatan dibuat Najib.

    Yang ramai tak tahu, perlantikan Shahrir bukan perlantikan kosong.  Buat pertama kali seingat penulis, Pengerusi Felda dilantik dari kalangan pemimpin yang tidak begitu ada kaitan dengan Felda.

    Isa dulu sebagai contoh. Sekalipun bukan berasal dari mana-mana Felda tapi beliau adalah ahli parlimen Jempol – Parlimen Felda, selain pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 30 tahun.  Negeri Sembilan buat sekian lama adalah sebuah negeri dengan begitu banyak penempatan Felda.

    Dengan latar belakang yang macam itu, sedikit sedikit, banyak tak banyak, Isa ada juga sentimen juga di kalangan peneroka Felda yang boleh dimanipulasikan Pakatan.  Tak juga ada apa salah pun Isa ni buat tapi bukan Pakatan ni peduli, takde salah, dibagi seolah-olah ada salah pun cukuplah.

    Banding dengan Shahrir yang telah menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru (Parlimen Bandar) buat sekian lama.  Sekalipun ada 2 penempatan Felda dalam Parlimen itu tapi duduknya di hujung-hujung sempadan sajalah, lebihnya Johor Bahru ini adalah parlimen bandar.

    Dah satu hal pulak Pakatan Harampan ini terpaksa mencari apa yang buruk pasal Shahrir untuk disensasikan seperti mana Isa dulu.  Ini masalah bila menjadikan politik kebencian sebagai pendekatan cari makan dan untuk dapat sokongan.

    Apa pun sekadar nak sebut, isunya Felda ini bukanlah Isa atau Shahrir, isunya sekarang ialah tanah Felda tu yang majoriti besar dimiliki orang Melayu – itu yang Pakatan ini sasarkan untuk dibahagi dengan pengundi tradisi mereka.  Harga getah ke, bayar 2 kali sebulan ke, tu semua hanya dipermukaan, yang sebenarnya, tanah tu.

    Tukarlah siapa Pengerusi pun, Pakatan akan tetap serang jugak sehingga tanah Felda tu bertukar milik.

    Leave a Reply