Apa Yang Pakatan Bantu Kurang Beban Hidup, Caj Beg Plastik 20 Sen Satu?

0
147

SEKARANG ini, entiti berkaitan pembangkang giat menjalankan kaji selidik menggunakan telefon untuk mendapat maklum balas mengenai kos sara hidup hari ini.

Ya, sememangnya sejak Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri ini saja kos sara hidup naik, dulu-dulu mana ada kos sara naik sejak merdeka.  Sebelum ini mana ada barang naik, harga beras dari 1957 sampai sekarang tidak berubah sesen pun, hanya setelah Najib jadi Perdana Menteri saja baru semuanya naik.

Memang bodoh siapa yang percaya kenyataan sindiran di atas.

Apa pun, ini bukti keterujaan pembangkang untuk meletakkan semua ‘kesalahan’ (kalau boleh dikatakan begitu) bagi kenaikan kos sara hidup ini sebagai salah BN, tak sedar bahawa mereka sendiri pun tidak melakukan apa-apa dibawah bidang kuasa mereka, dalam negeri yang mereka perintah untuk membantu rakyat dalam isu kos sara hidup ini.

Kita lihat di Selangor dan Pulau Pinang hari ini, apa benda yang murah?  Parking kena bayar 7 hari seminggu, 24 jam sehari.  Beg plastik kena caj 20 sen, tarif air dinaikkan hampir 3 kali dan sebagainya.  Kalau tarif air tak naik dan sebahagian diberi percuma, bekalan pulak memanjang tidak ada.  Inikah bukti bahawa Pakatan Harampan ini boleh mengatasai kenaikan kos sara hidup?

Harga rumah jangan cakaplah, kena pulak di Selangor, bila 30% caj pemajuan perlu dibayar pemaju kepada kerajaan negeri bila rumah siap – tak tentu ada orang beli ke tidak lagi,  30% ini akhirnya akan dicaj kepada siapa kalau bukan pembeli aka rakyat.

Dalam soal beg plastik yang dikenakan 20 sen satu ini, jawapan Exco yang berkenaan mudah saja, jangan guna beg plastik kalau taknak bayar 20 sen.  Ini kalau keluar dari mulut Menteri BN ini, nescaya jadi bahan jenaka tapi kalau keluar dari mulut pihak mereka, masing-masing buat bodoh macam itu sajalah.

Isunya sekarang bukan beg plastik ka, alam sekitar ka, isunya sekarang kalau beg plastik pun rakyat kena bayar setiap kali mengisi barang semasa membeli belah, apa lagi lain-lain perkara yang lebih besar kesannya kepada kos sara hidup.

Realitinya, memang akan berlaku kenaikanlah sebab harga sumber meningkat (majoriti bukan dari negara ini, terpaksa diimport dari luar), gaji orang yang membuat itupun meningkat, sewa dan sebagainya.  Macam mana Pakatan nak kawal ini semua?  Cakap sajalah, tapi habuk pun takdak.

Sebab itu rakyat perlu berhati-hati dan jangan terlalu dibuai dengan mimpi bulan bintang yang Pakatan selalu janjikan.  Cakap memang senang sebab benda takda dalam tangan.  Cuba yang ada dalam tangan (contoh di negeri yang mereka perintah), takdak apa yang berubah pun.-MyKMU.net

Leave a Reply