Mahathir Mengharamkan Yang Halal, Serang Mufti

0
368

1. Salah satu pantang besar Tun Mahathir Mohamad ialah apabila orang berpendidikan agama mempersoalkan hujah agama beliau secara terbuka. Banyak senarai mangsa beliau ketika berkuasa termasuk Mufti Selangor allahyarham Dato’ Mufti Haji Ishak bin Baharom.

2. Apabila seorang mufti atau ulama menyanggah Mahathir secara terbuka maka kai pukul beliau bernama Zainuddin Maidin akan cepat menulis dalam kolum Mingguan Malaysianya mengenai ekstremis agama. Hendak tahu cerita panjang carilah buku Mufti Lawan Mahathir karangan Ahmad Lutfi Othman.

3. Justeru apabila para Mufti menyanggah kenyataan Mahathir dan bertanya siapa Mahathir untuk menentukan ibadah haji diterima Allah atau tidak, tentulah beliau akan “menyinga”. Pantang besar jika ada orang bertanya “Siapa Mahathir”. Jika tidak percaya tanya M. Nasir.

4. Maka Mahathir pun menulis catatan berjudul “MENGHALAL YANG HARAM”. Tulis Mahathir, “Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar Mufti, maka yang haram itu menjadi halal?”

5. Mahathir memang marah apabila orang ramai tidak percaya dakwaan beliau bahawa jemaah haji yang dibiayai oleh Yayasan 1MDB merupakan dari hasil wang curi, dengan itu tidak diterima haji tersebut.

6. Lebih marah apabila para mufti menolak fatwa beliau. Beliau sudah tidak ada ZAM atau Kadir Jasin untuk menyerang Mufti menggunakan media arus perdana.

7. Mungkin Mahathir terlalu tertekan sehingga sudah bercakap hal-hal yang merepek dan tidak logik.

8. Selama lebih dua tahun Mahathir menggambarkan 1MDB telah “dirompak” dan “diseleweng” oleh Riza Aziz dan Jho Low. Dengan kata lain 1MDB adalah mangsa rompakan dan korupsi.

9. Tiba-tiba sekarang Mahathir tukar tiang gol dengan mengatakan 1MDB adalah pencuri dan menggunakan hasil curian bagi membiayai jemaah haji. Bagaimana pula 1MDB yang dikatakan kehilangan berbilion ringgit akibat penyelewengan kini dituduh sebagai pencuri?

10. Jika 1MDB pula pencuri, duit siapa yang dicuri?

11. Sebenarnya bukan Mufti yang menghalalkan yang haram, tetapi Mahathir yang mengharamkan yang halal. – MYKMU.NET

Leave a Reply