Jam Pemenang Anugerah FIFA Hilang

0
116

>> ENAM jam tangan jenama Hublot Big Bang untuk diberikan kepada pemenang anugerah FIFA2016 tempoh hari didapati hilang. – Foto www.dailymail.co.uk

ZURICH: Enam jam tangan jenama Hublot Big Bang bernilai kira-kira STG10,000 (RM54,349) setiap satu untuk diberikan kepada pemenang anugerah FIFA2016 tempoh hari didapati hilang.

Wakil Hublot menemui beberapa daripadanya pada saat akhir untuk dihadiahkan kepada pemenang termasuk Cristiano Ronaldo dan Claudio Ranieri.

Ranieri yang memenangi Jurulatih Terbaik seakan berbelah menerima hadiah itu kerana beliau adalah duta pesaing Hublot, Tag Heuer.

“Kami akan lihat apa sebenarnya berlaku terhadap jam berkenaan. Ia hilang di tempat tertentu,” kata jurucakap FIFA.

FIFA kini perlu menyediakan tempat lebih sesuai seperti Wembley Arena bagi mengadakan majlis sama tahun depan.

Studio stesen televisyen Switzerland di pinggir bandaraya Zurich agak sibuk dengan orang ramai dan ruang untuk bintang bola sepak dunia agak terhad. – Agensi

Leave a Reply