Video – Jerung Hantu Berjaya Dirakam Buat Kali Pertama

    0
    356

    Disember 17, 2016 – Pasukan dari Monterey Bay Aquarium Research Center telah menghantar sebuah kamera yang dikawal dengan alat kawalan jauh kedalaman 2,000 meter (6,700 kaki) di luar pantai California – Hawaii.Haiwan yang sangat jarang ditemui ini berjaya dirakamkan buat pertama kalinya dalam bentuk video.

    Juga dikenali sebagai Chimaeras, haiwan ini dikatakan berasal dari keluarga jerung dan juga pari.

    Dave Ebert, pengarah program untuk Pusat Penyelidikan Pasifik Shark di Moss Landing Marine Laboratories memberitahu bahawa “Yu Hantu” atau dengan nama saintifiknya “Hydrolagus trolli” yang berjaya dirakamkan ini merupakan tuah yang tidak disangka-sangka.

    Rakaman ini walaubagaimanapun sebenarnya telah dirakamkan pada tahun 2009 tetapi ia telah mengambil masa selama beberapa tahun untuk mengesahkan bahawa makhluk yang berjaya dirakam tersebut adalah sejenis yu hantu dikenali sebagai Chimaera biru.

    Leave a Reply