Sepakan Percuma ‘Sempurna’ Faiz Subri, Apa Yang Fiziknya?

0
93

BANGGA!!!, itulah kata-kata yang dapat diluahkan apabila seorang anak Malaysia berjaya menarik perhatian dunia dengan kehebatan serta kemahiran beliau dalam mengambil sepakan percuma yang diiktiraf sebagai gol terunik dan tercantik dunia bagi tahun 2016.

Malah menurut jurulatih pasukan Pulau Pinang, Jacksen F.Tiago, bahawa berita mengenai Faiz bukan sahaja rancak dikatakan di media tempatan, malah di seluruh dunia.

Menurut beliau semenjak jaringan gol tersebut, ramai media dari luar negara seperti United Kingdom, Brazil dan Indonesia menghubungi beliau bertanyakan mengenai Faiz.

Ini sudah cukup untuk membuatkan kita merasa bangga dengan dengan perkembangan ini yang membuktikan bahawa pemain kita mampu bersinar dalam bola sepak dunia.

Namun, jika dilihat komen-komen di media sosial, kita pasti akan jumpa komen-komen yang negatif dan berbau dengki dengan kejayaan tersebut.

Ini juga dapat dilihat ketika laman sesawang terkenal iaitu Independent yang menyifatkan bahawa sepakan percuma yang dihasilkan pemain berusia 29 tahun itu layak dicalonkan untuk memenangi Anugerah Puskas iaitu anugerah yang diberikan kepada jaringan gol yang tercantik.

Laman itu juga menyatakan dengan yakin bahawa gol terbabit mampu menjadi pencabar dalam anugerah Puskas kerana ia bukan sahaja unik sehingga mengelirukan penjaga gol, malah ia turut dilihat ‘melanggar’ hukum fizik.

Namun, terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan kenyataan tersebut. Mereka juga menafikan bahawa ada kesan fizik yang terlibat dalam jaringan tersebut.

Berikut adalah jawapan kepada mereka-mereka yang ‘dengki’ tersebut yang diambil daripada FB Syed Yusainee:-

me5


Aku sebenarnya dah lama tak layan FB ni sebab rasa nak muntah menengoknya.

Tapi free kick yang Faiz Subri buat tu memang awesome!. Respen bro. Satu dunia dagu orang jatuh tu…bang!..bang!..bang!!..Sekarang sudah boleh padam Roberto tu punya free kick tahun 1997.

Kalau kita bandingkan memang clear free kick yang Faiz buat tu lebih sharp curvenya. Tak percaya boleh tengok balik klip video Roberto dan Faiz tu. Faiz punya kick lebih tinggi. Senang2 boleh bertahan 20 tahun lagi rekod ni !

Jadi sudah ada orang tanya apa fiziknya? Jadi mari aku terangkan sikit2 dalam bahasa orang faham. Ini apa yang disebut KESAN MAGNUS. Apabila kita ada objek bulat yang berpusing akan ada perbezaan daya disekeliling objek itu. Kalu korang dah tak ada apa nak fikir lagi maka boleh tengok rajah yang ada dalam posting ni.

Perbezaan daya ini akan mengubah pergerakan objek itu semasa bergerak di udara. Alaahh..siapa rajin main ping-pong kan selalu pukul serong..nak bagi bola spin (berpusing) katanya. Bila bola ping-pong tu spin kan melengkung perginya!!

Cuma satu..KESAN MAGNUS ni hanya obvious pada objek bulat yang ringan tapi dalam kes free kick Faiz tu..aku kena tabik la!!… Nak tau kenapa..haa..kena terus baca la.

Apabila Faiz menendang boleh itu kita boleh lihat sendiri memang dia tendang serong bukan tonjol macam budak sekolah rendah punya tendangan. Powernya MESTI..MESTI..MESTI cukup kuat. Ini SANGAT2 PENTING. Korang sendiri boleh tengok berapa kuat Roberto tendang tahun 1997 tu. Terangkat kaki bhai!! Kalu ko tendang macam nak gubah bunga tidak la jadi MAGNUS EFFECTnya tu!!

Bila power cukup pada angle yang betul barulah tendangan akan memusingkan bola itu pada kelajuan putaran yang create enough force untuk melencungkan bola itu. Ok cukup la tu.

Ok Bro Faiz..sekali lagi. Congrat. Aku berani katalah 99% karya Faiz ni boleh menang Puskas Prize tahun 2016. Nanti jangan lupa note nama gua bhai!

Ni aku tulis pasal MAGNUS EFFECT nak bagi budak2 muda faham. Tak payah nak komen sucilah pasal bahasa aku ni !

Physics is everywhere. Memang Cool!”

*BGP – Sekarang pasukan Pulau Pinang mendapat perhatian dunia melebihi perhatian yang diberikan kepada pasukan JDT walau ketika mereka memenangi Piala AFC 2015. Adakah yang komen-komen dengki tersebut dari mereka-mereka yang tak boleh tengok ada pasukan lain yg lebih daripada JDT?? ntah la….

Leave a Reply