Xperia Z5 Dan Smart Watch 3

0
65

Sony melancarkan dua telefon terbaru, Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Compact yang mula dijual masing-masing pada harga RM2,699 dan RM2,299.

Xperia Z5 Dual mempunyai saiz skrin 5.2 inci manakala Xperia Z5 Compact bersaiz 4.7 inci.
Kedua-duanya menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 dengan keupayaan kamera sehingga 23 megapiksel.

Z5 Dual turut dihadirkan dengan dua slot kad SIM. Menarik juga apabila kedua-dua telefon ini mempunyai ciri IP68 yang kalis air dan debu.

Ia berkuasakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 octa core manakala Xperia Z5 Compact yang bersaiz 4.6 inci dengan resolusi HD (1280 x 720), namun beroperasi pada RAM 2GB saja berbanding Z5 Dual iaitu 3GB.

Compact hanya memiliki satu slot kad SIM yang menyokong 4G LTE dan menggunakan OS Android 5.1 Lollipop di samping bateri 2700mAh.

Satu lagi model, Z5 Premium bagaimanapun tidak dijual sehingga akhir tahun ini.
Manakala jam pintar SmartWatch 3 turut diumumkan dengan harga jualan RM1,099.

– See more at: HARIAN METRO

Leave a Reply