Bot Meletup, Presiden Maldives Terselamat, Isteri Cedera

0
63

>> Seorang wanita yang cedera dibawa keluar selepas terlibat dalam insiden bot rasmi Presiden Maldives, Abdulla Yammen meletup pada Isnin. Abdulla terselamat namun isterinya mengalami kecederaa. Foto Reuters

MALE: Presiden Maldives, Abdulla Yameen terselamat tetapi isteri dan dua pembantunya cedera dalam insiden bot yang dinaiki mereka meletup ketika ia menghampiri Male, ibu negara Maldives pada Isnin.

Punca kejadian pada Isnin belum dikenal pasti tetapi ia disaksikan oleh beberapa pemberita yang sedang menunggu untuk berjumpa dengan Abdulla Yammen yang kembali dari kunjungan ke Arab Saudi.

“Terdapat letupan di bot rasmi presiden dekat jeti Male. Presiden tidak cedera, tetapi isteri beliau cedera ringan,” kata menteri di pejabat presiden, Mohamed Hussain Shareef kepada Reuters.

Yameen, 59 menerajui pemerintahan selepas menang dalam pilihan raya presiden pada 2013.

Terdahulu, Yameen tiba di lapangan terbang utama Maldives dan sedang membuat kunjungan singkat ke Male melalui jalan air.

“Kita tidak tahu sekiranya letupan itu disebabkan oleh bahan letupan atau masalah enjin,” kata Shareef.

Menurut Shareef, Yameen menemani isteri, Fathimath Ibrahim ke hospital Male.

Seorang pengawal peribadi yang dilaporkan mengalami kecederaan serius dan seorang pembantu presiden cedera ringan turut dibawa ke hospital. – Reuters

Leave a Reply