Pasca Banjir- KBS- MBM Terus Konsisten Bantu Mangsa Yang Terjejas

0
37

Oleh MZN

KUALA LUMPUR- Kementerian Belia dan Sukan terus konsisten mengerakan jentera mereka baik kakitangan mahupun sukarelawan yang berdaftar dibawah Kementerian dan juga Majlis Belia Malaysia.

Program yang sebelum ini diadakan di Tanah Merah , Kelantan minggu lepas, diteruskan dengan bantuan di Temerloh Pahang.

3

Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, program yang dikenali sebagai Misi Belia Prihatin KBS-MBM 2015 Negeri Pahang itu ,diketuai sendiri Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Datuk Jamil Salleh.

Menurut Datuk Jamil, program berkenaan diharap mampu memberi sedikit kelegaan kepada pihak sekolah yang akan dibuka menjelang isnin ini. “Kehadiran kami di sekolah ini, adalah untuk meringgankan sedikit beban guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah yang bertungkus lumus membersihkan bilik-bilik darjah yang terjejas lumpur, kesan dari banjir tempoh hari”, ucap Datuk Jamil.

2

“Hampir 200 orang sukarelawan ditugaskan di sekolah ini, sekaligus dapat mempercepatkan proses pembersihan.

“kesukaran kita disini ialah, bekalan elektrik dan air masih lagi terputus, tetapi Alhamdulillah, pihak MBM membawa set generator dan motor air berkuasa tinggi (water pressure gun)bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan lumpur yang melekat di lantai sekolah” ujar beliau lagi.

Para Sukarelawan turut membantu membersihkan Tadika Kampung Tengah, Temerloh yang turut terjejas teruk banjir kali ini.

4

Menurut sumber, misi seterusnya para sukarelawan akan digerakkan ke Perak hujung minggu ini bagi membantu membersihkan kawasan-kawasan terjejas banjir yang sudah dikenal pasti lokasinya.

Turut hadir dalam misi KBS-MBM Prihatin Negeri Pahang ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Dato’ Haji Kamarulzaman Mansor, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Nik Abd Kadir n Nik Mohamad, Setiausaha bahagian pengurusan Sumber Manusia, Mazlan Abd. Mutalib, serta Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Mohd Jamri Mohd Lela.

Leave a Reply